Dua gadis Britain dituduh cuba menyeludup kokain dari Peru bernilai lebih £1.5 juta yang disembunyikan di dalam beg pakaian mereka.
Polis Lima mendakwa Melissa Reid dan Michaella McCollum Connolly telah mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Pasangan, yang bakal menghadapi hukuman penjara yang panjang jika didapati bersalah, masih belum secara rasmi disoal siasat kerana pihak polis masih belum menyediakan penterjemah.
Walau bagaimanapun Major Manuel Siclla, yang mengetuai siasatan itu, berkata: "Mereka telah mengakui perbuatan itu secara tidak rasmi kepada saya dan pegawai-pegawai di lapangan terbang yang menahan mereka.
"Seperti orang lain yang terlibat dalam penyeludupan dadah, mereka akan dibicarakan dan akan menghadapi hukuman penjara yang panjang jika disabitkan bersalah. Kami mengganggap masalah ini sangat serius dan mahkamah menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan hal ini dengan ketat."
Bekas pekerja kedai Reid, 19, dari Lenzie berhampiran dengan Glasgow, dan penari McCollum Connolly, 20, dari Dungannon, County Tyrone, ditahan pagi Selasa lepas ketika mereka bersiap sedia untuk menaiki penerbangan Air Europa dari Lima ke Madrid sebelum mengambil pesawat kedua ke destinasi akhir mereka di Majorca.
Skuad Antidadah menemukan hampir enam kilogram kokain tersembunyi di dalam bekas produk makanan yang disimpan di dalam beg pakaian Reid dan Connolly. -DCM/DM -13/8/13
Sambung baca di sini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar