...magik akan berlaku di peringkat Mahkamah Persekutuan yang merupakan platform terakhir pasukan pembelaan Khir Toyo untuk mengelakkan pelanggan mereka dikenakan hukuman 12 bulan penjara?
Menurut laporan media:
Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara 12 Bulan Terhadap Khir Toyo
[Mstar] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan. Sambung di sini.
Sama-samalah kita tunggu sama ada akan berlaku magik atau tidak semasa kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
Sesungguhnya, rakyat Malaysia mahu melihat keadilan dapat ditegakkan dan orang yang didapati bersalah dikenakan hukuman yang setimpal tanpa mengira darjat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar