![]() |
Speaker DUN |
[TMI] KUALA LUMPUR, 30 Mei — Pertikaian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berhubung jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018 akhirnya selesai dan upacara angkat sumpah sedang berjalan sekarang di Balai Rong Seri, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Untuk penggal ini, PAS mendapat kuota terbanyak iaitu empat kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi.
“Majlis angkat sumpah sedang bermula sekarang,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut Faekah, anggota-anggota Exco bagi penggal ini adalah Halimah Ali (Selat Kelang), Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Sallehen Mukhyi (Sabak) and Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dari PAS.
Sementara anggota Exco dari DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) and V Ganabatirau (Kota Alam Shah).
PKR pula meletakkan tiga orang wanita sebagai anggota Exco iaitu Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan), Rodziah Ismail (Batu Tiga) and Dr Daroyah Alwi (Sementa).
Buat pertama kali dalam sejarah seorang wanita dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Hannah Yeoh dari DAP sementara Nik Nazmi Nik Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar