Jumat, 31 Mei 2013

Mengapa Ular Peliharaan Tidak Membaham Tuannya yang mati Akibat Sakit Jantung?


[HM] Berlin: Pencarian polis untuk mengesan seorang lelaki yang hilang berakhir dengan kejutan apabila mereka menemui mayatnya dikelilingi 40 ular, lapor media semalam.

Kebanyakan reptilia itu - termasuk seekor anakonda sepanjang sembilan meter dan empat ekor ular sawa 10.5 meter - berlingkaran di sekitar mayat reput itu.

Jurucakap bomba di bandar Straubing berkata, mayat lelaki itu ditemui di apartmen di Heiko Rieder.

“Sekurang-kurangnya seekor daripada ular itu sebesar paha orang dewasa,” katanya.

Sebelum itu, polis dimaklumkan mengenai kehilangan lelaki terbabit apabila dia tidak hadir bekerja selama seminggu.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mati akibat serangan jantung ketika memberi makan ular peliharaannya.

“Dia bernasib baik kerana badannya terlalu besar untuk ditelan ular berkenaan,” katanya. Pakar reptilia pula berkata, ada dua sebab mengapa ular itu tidak memakan tuannya.

“Pertama, ular itu lebih gemar memakan mangsa yang hidup, dan kedua, lelaki terbabit terlalu besar untuk ditelan sekaligus,” katanya. - The Sun



Tidak ada komentar:

Posting Komentar