![]() |
Sekadar hiasan. |
MCA Mahu Belajar daripada Parti Komunis China
[MK] MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.
"Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.
Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.
"Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya.
Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun.
TPM di Tehran Hadiri Pelantikan Presiden Baharu Iran
[Bernama] Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.
Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran lewat hari ini.
Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.
Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.
Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.
Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.
Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.
Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.
Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran.
P/s: Bayangkan yang mahu belajar daripada komunis itu DAP atau PKR, bayangkan juga yang ke Iran itu Anwar Ibrahim atau Haji Hadi Awang!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar