Selasa, 23 Juli 2013

[Kemas Kini] Orang Kuat PIBG dan Guru Besar Berbuka Puasa di Bilik Mandi dan Persalinan SK Sri Pristana

Gambar blog Mazidul. Orang kuat PIBG dan guru besar sedang berbuka puasa di bilik mandi dan persalinan yang menjadi kontroversi. Mungkin selepas Ramadan, mereka boleh terus menggunakan bilik itu untuk makan dan minum. Mereka rela makan di situ, makanlah, tetapi jangan paksa murid-murid makan di situ!
Gambar milik ibu yang mengadu di FB. Kelihatan tandas di sebelah bilik mandi dan persalinan.

Gambar kantin sekolah milik ibu yang mengadu di FB. Kantin ini dikatakan sedang diubah suai. Menurut blog Mazidul kerja-kerja menukar pintu kayu kepada pintu kaca sedang dilakukan sejak 1 Ramadan. Sudah 2 minggu, masih belum siap? Agak-agaknya di mana kedudukan pintu kayu yang kononnya ditukar kepada pintu kaca? Nampak? Kalau baca berita perdana, anda boleh baca alasan-alasan lain yang dikemukakan oleh pelbagai pihak. Besarkan imej untuk lihat dengan lebih jelas! Menurut ibu murid, sekolah mengarahkan murid makan di bilik itu kerana bimbang kantin akan kotor. Siapa yang betul???

Usaha "cover up" kes ini sedang giat dijalankan. Setakat ini, tiada permohonan maaf secara terbuka daripada pihak sekolah. 

Pada TM, kalau benarpun sebelum Ramadan kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, mengapa semasa Ramadan, pelajar masih perlu menggunakan bilik mandi dan persalinan? Jika ya pun alasan itu digunakan, mengikut logik akal, berapa banyak murid yang dapat ditampung oleh bilik itu? Mampukah bilik itu menampung ratusan murid dalam satu-satu masa? Walhal solusi mudah masalah ini ialah memasang khemah sementara yang dilengkapi kipas dan meja makan.

Jika dilihat pada gambar kantin di atas, jelas kantin itu boleh digunakan oleh beberapa orang pelajar bukan Islam. Tidak kelihatan pun kerja-kerja pengubahsuaian yang kononnya membahayakan pelajar.

Lagi mengelirukan apabila pelbagai alasan berlainan dibangkitkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa untuk menjawab isu ini. Antara alasan yang didakwa diberikan oleh pihak sekolah tersebar di media  termasuklah menghormati Ramadan, kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah murid, dan kerja menukar pintu kayu kepada pintu kaca. Ibu pelajar yang mengadu hal ini di FB pula mendakwa pihak sekolah mengarahkan murid makan di situ kerana bimbang kantin kotor. Alasan mana yang betul?

Baca percanggahan fakta di bawah ini:


Walaupun bilik mandi dan persalinan itu dibersihkan, diwangikan, namun tindakan itu tidak boleh mengubah persepsi ibu bapa bahawa bilik itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan. Sebagai bapa, TM berpegang pada prinsip bahawa bilik itu tidak sesuai dijadikan tempat makan dan tidak rela anak sendiri makan di bilik itu. Ini bukan soal politik, bukan soal rasis, tetapi soal tempat makan yang selesa dan yang sepatutnya. -DCM


P/s: GB sekolah ini semakin popular, sila klik sini.

Bab ini, TM sokong KJ:




Tidak ada komentar:

Posting Komentar