Kerajaan Pulau Pinang Umum Bonus Setengah Bulan Gaji
[BlogFaqar] SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.
"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.
"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau pada pagi tadi di Komtar, George Town.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.
Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut diberi bonus RM200.
Kerajaan Sediakan RM2.2 Juta untuk Bonus Aidilfitri
[HD] KOTA BHARU: Dengan kemampuan yang begitu terhad, kerajaan Kelantan dapat menunaikan tanggungjawab untuk memberikan bonus Aidilfitri tahun ini kepada kakitangannya dengan kos keseluruhan RM2.2 juta.
Sumbangan Aidilfitri di bawah Skim Bantuan Khas itu bakal diagihkan sebelum Aidilfitri ini bagi memberi keselesaan pada kitangannya untuk menyambut hari raya.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan itu juga selaras dengan kerajaan Pusat yang telah mengumumkan untuk memberikan bonus Aidilfitri pada kakitangannya beberapa hari lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.
Beliau menambah, sumbangan itu juga bakal dinikmati oleh kakitangannya yang telah pencen, sebanyak RM250 seorang.
Pada masa yang sama beliau berkata, kerajaan negeri turut meluluskan penubuhan majlis penempatan pelantikan dan pertukaran kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan.
Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju meletakkan kakitangan awamnya bertugas berdekatan di kediaman masing-masing demi untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.
“Kita tidak mahu isteri bekerja di Kuala Krai, suami di Kota Bharu, suami terpaksa keluar awal pagi sekiranya tinggal di Kuala Krai.
“Kerajaan negeri sedar ianya bukan suatu perkara yang mudah, tetapi akan cuba diusahakan untuk kebaikan keluarga contohnya pertukaran suka sama suka atau wujudkan tugas baru,” ujarnya.
P/s: Tahniah!!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar