[BO] KUALA LUMPUR : PAS akan membuat laporan polis ekoran 13 dari 18 petisyen pilihanraya umum lalu yang difailkan, telah pun ditolak oleh mahkamah berdasarkan “sebab kecil”.
Peguam PAS yang juga Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata mahkamah menolak dengan alasan rapuh dan teknikal.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu, Mohamed Hanipa menegaskan bahawa daripada 18 petisyen yang difailkan oleh parti itu, 13 telah pun dibuang kerja berdasarkan “kecil” sebab.
“Mahkamah telah menolak banyak petisyen kami berdasarkan alasan rapuh dan teknikal. Jadi, kita tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggunakan (membuat) laporan polis dan biarkan mereka (polis) menyiasat ia (perkara tersebut) dari sini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS disini semalam rabu 31 Julai.
Peguam itu juga menambah bahawa di negeri Kelantan, bantahan yang dibuat oleh pihak PAS tidak diterima oleh mahkamah sebaliknya bantahan yang dibuat oleh Umno telah diterima.
“Ini tidak seiringan dengan proses demokrasi,” katanya.
PAS akan membuat laporan polis di seluruh negara secara kolektif, kesemua petisyen pilihan raya yang telah melalui proses undang-undang.
Berita Lain:
Pas Persoal Pengendalian Petisyen PRU13
[HD] KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.
PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.
Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.
"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.
Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.
"Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau.
Tutup penyelewengan?
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas.
Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri.
"Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut.
"Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin.
Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja).
Kesalahan Isi Borang 14 oleh KTM, PAS Buat Laporan Polis
[TMI[] KUALA LUMPUR: PAS akan membuat laporan polis di seluruh negara berhubung dengan kesalahan pengisian Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata, laporan polis tersebut akan dibuat di kawasan petisyen yang dikemukakan oleh PAS yang ditolak pada pendengaran awam lalu.
Hanipa berkata, tindakan laporan polis itu dibuat kerana mahkamah pilihan raya tidak menerima kesalahan KTM yang tidak mengisi maklumat yang tepat di dalam Borang 14 sebagai salah satu kesalahan di dalam PRU13 lalu, kerana menganggapnya sebagai kesalahan jenayah.
"Kita akan membuat laporan polis di semua tempat petisyen yang telah ditolak oleh mahkamah.
"Perkara ini kita ambil serius apabila kita menggunakan kesalahan KTM mengisi maklumat yang tidak tepat dan palsu berhubung dengan jumlah undi dalam Borang 14 telah ditolak oleh mahkamah dengan alasan ia kesalahan jenayah.
"Jadi bila kesalahan jenayah maka laporan polis akan dibuat dan kita harap pihak polis membuat siasatan serta mendakwa jika terbukti kesalahan tersebut," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang.
Hanipa memberitahu, kesalahan pengisian Borang 14 terkandung di bawah Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang meminta agar Pegawai Pilihanraya mengisi dokumen dengan betul.
"Kita akan berbincang dengan pimpinan PAS berhubungan dengan laporan polis ini dan ia akan dilakukan secepat mungkin selepas cuti Hari Raya nanti.
"Selain itu juga laporan polis yang dibuat akan dipantau sepenuhnya oleh barisan peguam dari Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham)," sambung beliau.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar