[HM] New Delhi: Seorang pesara kerajaan berusia 62 tahun di negeri Rajasthan ditahan semalam selepas lima anak perempuannya yang sudah berkahwin mendakwa menjadi mangsa rogolnya.
Dalam laporan 11 halaman yang dibuat mereka, dua daripada lima wanita itu menyatakan bapa mereka, Babu Lal Dhakar, bekas penyelia di jabatan pertanian negeri merogol mereka berulang kali kali sebelum mereka berkahwin.
Kejadian berlaku sebaik mereka memasuki sekolah menengah dan berterusan hingga mereka meninggalkan rumah bapa mereka di kampung Bayana, 150 kilometer dari Jaipur, ibu negeri Rajashtan.
Lebih dahsyat lagi, mereka mendakwa Dhakar akan menunjukkan gambar lucah sebelum memperkosa mereka.
Malah, dia turut menempah hotel murah dan merogol mereka di situ serta mengancam melakukan perkara terkutuk itu ke atas adik perempuan mereka jika mangsa enggan menuruti kemahuannya.
Mangsa merahsiakan perbuatan itu kerana malu.
Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan mendedahkannya selepas mengetahui bapa mereka merancang merogol cucu perempuannya.
Menurut polis, isteri Dhakar, Shakuntala yang mengetahui perbuatan suaminya turut ditahan atas tuduhan bersubahat. - Agensi
P/s: Bagaimana si ibu boleh bersubahat dengan mengatakan bahawa kegiatan buas suaminya itu tradisi keluarga? Baca lanjut di sini dan di sini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar