Artikel DM terlalu panjang untuk diterjemahkan dalam masa yang suntuk ini. Namun, secara ringkasnya kajian oleh Fred Hutchinson Cancer Research Centre di Seattle menunjukkan bahawa pengambilan sesetengah pil vitamin lebih memudaratkan daripada kebaikan.
Misalnya, minyak ikan dapat dikaitkan dengan kanser prostat, manakala pengambilan Vitamin C dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan batu karang. Dalam kajian lain, pengambilan Vitamin E boleh menyebabkan kegagalan jantung walaupun sebelum ini dilaporkan pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Walaupun kajian ini juga akan dipertikaikan oleh sesetengah doktor dan saintis, namun hal ini wajar diberi pertimbangan. Tambahan pula artikel itu turut mencadangkan orang ramai mengamalkan diet yang sihat untuk memperoleh vitamin secara semula jadi.
Anda mahu tahu lanjut tentang kajian ini? Sila baca di sini. -DCM
Tidak ada komentar:
Posting Komentar