Rabu, 04 September 2013

Artis Didakwa Kirim Gambar Anu kepada Isteri Orang



[HM] Johor Bahru: “Orang mengerjakan umrah dan mencari malam Lailatulqadar pada malam terakhir Ramadan, namun dia (artis) menghantar gambar alat sulitnya menerusi aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada isteri saya ketika mengerjakan umrah awal Ogos lalu.

“Sepatutnya dia di sana menumpukan sepenuh perhatian mengerjakan ibadat terutama menjelang malam Lailatulqadar bukannya melakukan perkara terkutuk itu,” kata suami kepada seorang wanita yang didakwa saling berhubung dengan seorang artis lelaki tanah air menerusi WhatsApp.

Lelaki berusia lingkungan 50-an dan enggan dikenali itu berkata, dia terkilan selepas mendapat tahu mengenai perkara itu sebelum cuba mengajak artis lelaki berkenaan bertemu untuk menyelesaikan masalah.

“Saya akui ada mengajak dia bertemu untuk menyelesaikan masalah ini, namun tidak diendahkan. “Perkara ini berlaku dalam hubungan saya bersama isteri dan disebabkan itu, saya berusaha menyelesaikannya.

“Dia bukan saja enggan bertemu saya, malah saya difahamkan dia membuat laporan polis mendakwa saya mengugutnya kerana mengajak dia berjumpa bersendirian.

“Perwatakannya memang nampak baik, tetapi di sebaliknya dia melakukan perkara di luar jangkaan. Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu peminatnya terutama wanita terpedaya dengannya.

“Perkara ini berlaku dalam rumah tangga saya dan pastinya saya merasai kesannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut. -5/9/13


P/s: Sudah kecoh di media, tidak perlulah dinyatakan nama artis ini. Sila ambil pengajaran.



Berkaitan:

Pelakon Terima Ugutan Hancurkan Kerjaya

[HM] Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki popular membuat laporan polis ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengugutnya kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan isteri lelaki itu.

Difahamkan, pelakon itu membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, semalam.

Sumber berkata, pelakon berusia 30-an itu mendakwa menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki mendakwa suami kepada seorang peminatnya, jam 11 pagi, 7 Ogos lalu.

“Lelaki berusia 50-an terbabit memarahi dan menuduh pelakon itu mengganggu isterinya. Lelaki itu juga ada mengugut menghancurkan kerjaya seni pelakon berkenaan.

“Malah, melalui perbualan yang turut didengari isteri pelakon itu, ahli perniagaan terbabit dikatakan mengugut pelakon itu menceraikan isterinya,” katanya.

Menurutnya, suami wanita terbabit dikatakan mengarahkan pelakon lelaki itu supaya datang berjumpanya di Johor bagi menjelaskan hubungan dengan isterinya itu.

Pelakon itu membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya sejurus lelaki berkenaan membuat laporan terhadapnya di Johor.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan pelakon dan suami wanita terbabit dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Kita akan siasat apa juga dakwaan suami wanita itu. Pelakon dan isteri ahli perniagaan terbabit tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dan laman sosial,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak menyalahgunakan laman sosial berkenaan kerana boleh mendatangkan pelbagai masalah. - 5/9/13




Tidak ada komentar:

Posting Komentar