Nazri: Cadangan Rafizi bodoh
[MK] Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak sebagai "cadangan bodoh".
Menurutnya lagi, ia sepatutnya dilaksanakan ketua-ketua negeri Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan itu yang diajukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang medianya pagi tadi susulan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen.
"Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup.
"Saya nak suruh dia beritahu menteri besar dia dan exco-exconya, ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Kelantan supaya bayar duit sendiri juga," katanya selepas satu sidang media petang tadi.
Menurutnya, negeri-negeri Pakatan perlu melaksanakan cadangan itu dahulu memandangkan ia datang daripada Pakatan Rakyat sendiri.
"Mulalah dahulu, kita tak cadang, sebab kita ini berkhidmat kepada rakyat," katanya. -4/9/13
Isu 13 Mei: Nazri bidas cadangan Kit Siang
[UM] KUALA LUMPUR 3 Sept. - Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya perkara itu perlu dirujuk kepada pakar sejarah dan tidak perlu untuk mengubahnya.
Sejarah adalah sejarah. Kita tidak perlu menulis semula sejarah yang telah berlaku.
Serahkan sahaja kepada pakar sejarah kerana merekalah yang menulis buku sejarah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan projek Impression Melaka di sini hari ini.
Projek Impression Melaka yang bernilai RM213.2 juta merupakan satu produk pelancongan yang akan memaparkan persembahan mega di kawasan terbuka di Pulau Melaka.
Projek itu menyasarkan 1.2 juta pelancong melawat Melaka setahun dan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM179 juta kepada ekonomi negara.
P/s: Ini bahasa Menteri Pelancongan.
Cuba baca bagaimana bahasanya dengan Pak Samad:
'A Samad Said jangan ingat dia besar sangat'
[MK] Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said agar menyerah diri kepada polis susulan siasatan pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau berucap pada malam ambang kemerdekaan.
Menurutnya, semua orang termasuklah menteri sekali pun perlu memberi kerjasama kepada siasatan polis.
"Semua orang sama. Kalau kita menteri sekali pun kita lakukan kesalahan polis panggil kita pergilah.
"Siapa besar sangat A Samad Said ini?
"Kalau orang dah panggil pergilah, ingat dia besar sangatkah dia ini," katanya sewaktu mengulas perkara itu. - 3/9/13
Kemas Kini:
Rafizi: Potong Elaun Minyak Menteri
[SH] SHAH ALAM - Cara paling mudah untuk mengurangkan defisit negara dan membantu menjana ekonomi adalah dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ada hampir 70 menteri dan timbalan. Setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang.
"Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka.
"Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka." katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.
Beliau berkata, sudah tiba masanya semua menteri sama-sama merasai bebanan yang ditanggung rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.
"Bukan hanya elaun, malah banyak majlis-majlis kerajaan dilihat lebih bersifat membazir.
"Tidak perlu ada lagi tajaan bas, trip bercuti ke luar negara dan banyak lagi. Sekarang, kerajaan perlu berjimat, bukan rakyat," katanya.
Rafizi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu telus untuk membentangkan apakah program yang boleh mengurangkan pembaziran wang negara.
"Kerajaan perlu tampil memberitahu rakyat mengenai program tersebut. Jangan hanya menyalahkan rakyat.
"PKR juga sudah ada program untuk disyorkan kepada rakyat bagi mengelakkan pembaziran, seharusnya kerajaan juga harus begitu, mengutamakan rakyat dan bukannya menteri atau kroni," katanya. - 4/9/13
Tidak ada komentar:
Posting Komentar