Sabtu, 07 September 2013

Lelaki Didakwa Sebarkan HIV kepada 300 Orang



[HM] Dexter (Missouri): Seorang lelaki yang memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan seks dengan 300 orang sejak disahkan dijangkiti HIV mengaku tidak bersalah menyebarkan virus itu kepada seorang lelaki lain.

David Mangum menafikan tuduhan ke atasnya kelmarin selepas didakwa menyebabkan mangsa dijangkiti virus berkenaan. 

Di Missouri, hukuman terhadap jenayah seumpamanya antara yang paling tegas di Amerika Syarikat. Mereka yang bersalah berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. 

Dokumen mahkamah menyatakan lelaki berusia 36 tahun itu memberitahu polis, dia melakukan seks tanpa perlindungan dengan 300 orang sejak disahkan menghidap HIV kira-kira 10 tahun lalu.

Ramai pasangannya ditemui menerusi iklan Craigslist dan dia akan bertemu mereka di taman, perhentian trak dan lokasi terpencil yang lain. - AFP - 7/9/13



Tidak ada komentar:

Posting Komentar