Rabu, 12 Juni 2013

Gadis 15 Tahun Dagang Tubuh Kakak Sendiri


NA dan suspek yang lain.
[HM] Surabaya: Siasatan polis mendedahkan, seorang gadis berusia 15 tahun bukan saja menawarkan rakannya untuk melayan nafsu lelaki dewasa, tetapi juga kakaknya sendiri.

Gadis itu dikenali sebagai NA ditahan bersama kakaknya dan dua pelacur lain di sebuah hotel di Jalan Darmokali, minggu lalu.

“Si adik lebih berpengalaman daripada kakaknya,” kata jurucakap polis Surabaya, Komander Suparti.

NA belajar di sebuah sekolah menengah rendah swasta di Surabaya. Dia dituduh menjalankan sindiket pelacuran terdiri daripada rakannya dan menawarkan perkhidmatan itu dengan mengguna telefon dan mesej pesanan ringkas (SMS).

Untuk menggunakan khidmat rakannya, gadis itu menetapkan bayaran antara Rp750,000 (RM225) hingga Rp1 juta (RM300) untuk tempoh singkat dengan lelaki dewasa. Bagi setiap langganan, dia menerima bayaran Rp250,000 (RM75).


Tidak ada komentar:

Posting Komentar