![]() |
Sekadar hiasan. |
[HM] Bangkok: Polis Thai semalam berkata, mereka menahan dua sami kerana mengarahkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melakukan seks dengan penyelia kuil dalam skandal terbaru menggegarkan penganut Buddha negara itu.
Pasangan terbabit yang menafikan tuduhan itu boleh dihukum penjara 15 tahun jika sabit kesalahan, kata pegawai kanan polis Kolonel Wirachon Bunthawi kepada media dari bandar raya di utara Chiang Mai.
“Kami menunggu waran tangkap untuk menahan penyelia itu,” katanya.
Berdasarkan keterangan mangsa dan seorang pemandu, dua sami berusia 20 dan 23 tahun itu dituduh membawa remaja terbabit bertemu penyelia berkenaan di sebuah kuil di Chiang Dao, di Chiang Mai beberapa kali sejak Februari lalu.
Kes itu berlaku selepas kontroversi baru-baru ini di negara yang didominasi penganut Buddha itu dengan rakaman dimuat turun di YouTube memaparkan tiga sami terbang dengan jet peribadi, memakai fon telinga dan kaca mata hitam serta membawa beg berjenama. - AFP
P/s: Gelagat sami yang heboh diperkatakan sebelum ini:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO-bdwxMgMg6VEaxGrmgu0ZX3Keqlv4I_80lY_5WcXuhb-3bAlIlZ6vASpTj2wXSChKAJJcfGKxk7Xm3T8aqhmeLz78XHtm2fr0YqS6pwrxNGQsd545N04oJ4PEMaILncT_06ErjffH-c/s1600/sami+pakai+spek+hitam.jpg)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar