[HM] Houston: Seorang wanita menikam teman lelakinya hingga mati dengan kasut tumit tinggi dipakainya di kondominium mewah lelaki itu selepas semalaman minum arak. Suspek memberitahu pihak berkuasa, dia membunuh lelaki itu untuk mempertahankan dirinya.
Ana Trujillo, 44, disyaki membunuh profesor Universiti Houston Stefan Andersson dan mayatnya ditemui di kediamannya, kelmarin.
Pasangan itu keluar minum dan pulang ke kondominium itu bersama-sama pada jam 2 pagi, kata jurucakap pendakwa raya daerah Harris Sara Kinney.
Ana yang menetap di Houston kemudian menghubungi 911 dan berkata, dia diserang.
Apabila polis tiba sebelum jam 4 pagi ke kondominium di tengah daerah muzium di Houston itu, Ana membuka pintu dan polis melihat Andersson, 59, sedang terbaring di lantai, kata jurucakap Jabatan Polis Houston, Jodi Silva.
Terdapat beberapa kesan tikaman di kepalanya yang dikatakan pihak berkuasa angkara kasut tumit tinggi Ana. - AP
Tidak ada komentar:
Posting Komentar