Senin, 10 Juni 2013

[Video] Himpunan BLACK 505 Dianjak Ke 22 Jun 2014



[Selangorku] PETALING JAYA 10 JUN : Pakatan Rakyat (PR) memutuskan mengadakan perhimpunan aman Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini berikutan tiada program lain dijalankan di kawasan itu pada tarikh berkenaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata pihaknya mengambilkira pandangan pihak terlibat di mana pada tarikh asal iaitu 15 Jun, terdapat program karnival dan majlis perkahwinan akan diadakan di kawasan itu dan berhampirannya.

Sehubungan itu, PR memberikan notis untuk mengadakan perhimpunan aman #blackout 505 dalam tempoh 10 hari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti ditetapkan.

“Permohonan kepada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telahpun dibuat pada Jumaat 7 Jun lalu. DBKL juga mengesahkan tiada mana-mana pihak membuat permohonan mengadakan acara di padang itu pada tarikh tersebut.

“Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa majoriti rakyat Wilayah Persekutuan bersama PR maka DBKL dan Tengku Adnan diminta menghormati hasrat rakyat selain Padang Merbok adalah milik rakyat.



Berkaitan:

DBKL tolak permohonan Pakatan guna Padang Merbok

[MK] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sebaliknya mencadangkan pembangkang mengadakan perhimpunan itu di tempat tertutup seperti stadium.

Beliau juga berkata akan membantu Pakatan mencari tempat yang sesuai seperti perhimpunan yang diadakan di Selangor sebelum ini. 

Perhimpunan pertama Pakatan sebelum ini diadakan di Stadium Kelana Jaya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Ahmad Phesal, keputusan menolak permohonan itu dibuat antaranya kerana Majlis Olimpik Malaysia sudah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi untuk acara mereka pada 23 Jun.

Justeru, mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelum itu.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar