KUPU KUPU HOTE

Senin, 03 Juni 2013

Kes Pembunuhan Altantuya: Sirul Mohon Mahkamah Rayuan Isytihar Perbicaraan Mahkamah Tinggi SILAP


[Bernama] Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan.

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.

Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama.

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.

Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.

Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.

Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Rayuan pada 10 Jun.

Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan.


Kemas Kini (10/6):

Mahkamah Benar Permohonan Perbicaraan Silap Sirul

[MK] Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar untuk mengisytiharkan perbicaraan silap dalam kes melibatkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pihak pendakwaan, diketuai oleh Tun Abdul Majid Hamzah tidak membantah permohonan itu.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan pasukan pembelaan Sirul memfailkan permohonan dalam tempoh 10 hari.

Ini bagi membolehkan pasukannya mengumpulkan nota prosiding dan dokumen lain daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes ditangguh kepada 24 Jun.



Diposting oleh Unknown di 08.09
Kirimkan Ini lewat EmailBlogThis!Bagikan ke XBerbagi ke FacebookBagikan ke Pinterest
Label: Altantuya Shariibuu, bunuh, jenayah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda
Langganan: Posting Komentar (Atom)

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkapku

Arsip Blog

  • ►  2014 (4)
    • ►  Februari (4)
  • ▼  2013 (500)
    • ►  September (70)
    • ►  Agustus (120)
    • ►  Juli (127)
    • ▼  Juni (150)
      • Punca Rokok TIDAK Akan DIHARAMKAN
      • Budak 14 Tahun Dakwa Dipaksa Minum Alkohol dan Dir...
      • Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh Meningg...
      • Lelaki Sri Lanka Mati Tengok Bil Elektrik, Harap T...
      • Padah Potong Kemaluan Suami, Wanita Dipenjara Seum...
      • "...saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah ba...
      • Budak 10 Tahun Jadi Mangsa Serakah Pakcik dan 3 Abang
      • Penulis Dedah Projek IC Sabah Meninggal Dunia
      • [Gambar] Jatuh dan Mati Ketika Melakukan SEKS
      • Bayi Berkepala Dua
      • Kesan Kimoterapi kepada Kehidupan Seksual Pesakit ...
      • Bayi Lahir Tanpa Dubur
      • 4 Murid Dakwa Guru Ikat Kaki dan Tangan, Tutup Mul...
      • Gambar & Video] Gadis Menangis Air Mata BERDARAH
      • Lelaki Didapati Bersalah Bunuh Dirang Dihukum Gantung
      • Rompak RM20, Kena Penjara 7 Tahun 4 Sebatan
      • Perokok, Penapis Rokok Anda Mungkin Ada DARAH BABI
      • Artis Kantoi Dadah TUMBUK Jurugambar, Cuba Tengok ...
      • Komen Prof Dr Agus tentang Dakwat Kekal dan Sistem...
      • PRK Kuala Besut: Apa Akan Terjadi Jika PAS Menang,...
      • Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Boleh Dicabar,...
      • Janda Dinoda dan Dikurung di dalam Tandas
      • [Kemas Kini] Nelson Mandela NAZAK???
      • Pelakon Gian Dadah Dicekup Lagi
      • Menteri: Dakwat KEKAL Guna Pewarna Makanan
      • Bapa Mangsa Rogol & Bunuh Cuba Terjun Bangunan
      • [PANAS] Keluarga A Kugan MENANG Saman, Mahkamah Pu...
      • ADUN Kuala Besut Meninggal Dunia, Pilihan Raya Kec...
      • Kejam, Budak 7 Tahun Didera Bapa Tiri
      • Duda Gersang Nodai Nenek Uzur
      • Bahana Cinta: Anak Dibunuh; Diri Dibelasah, Didera...
      • Silvio Berlusconi Didapati Bersalah Langgan Pelacu...
      • [Gambar] Polis Sweden Buru Lelaki Lakukan Seks "de...
      • [Gambar & Video] Nik Wallenda Meniti Tali Menyeber...
      • [Gambar] Nazri Tunjuk Simbol 1Malaysia yang Baharu???
      • [Gambar & Video] Patung Purba Bergerak Sendiri
      • [Gambar] "Hidup Melayu!, Hidup Melayu!", Yang Dapa...
      • [Wajib Baca] Komen Prof Agus tentang Perjanjian Pe...
      • Bayi Malang Dibuang, Mulut Berbau Racun
      • Aktres Muda Pakistan Disimbah ASID
      • Husam DIBEBASKAN Selepas DITAHAN REMAN oleh Polis
      • [Video] Tiga Remaja Bawah Umur Antara Dicekup dala...
      • Punca Jerebu, Ladang Milik Malaysia Antara yang Te...
      • Pakar Ekonomi, Dr Mahani Meninggal Dunia
      • [Gambar] Koleksi Gambar BLACK505 Padang Merbok
      • Husam Musa Ditahan bawah Akta hasutan Kerana...
      • [Video] Masih Hidup Walaupun Sudah 6 Hari Dikuburkan
      • [Gambar] Pengguna FB Nasihati Najib Supaya Ingatka...
      • Bahana Cinta Kenalan FB, Remaja Dirogol & Diliwat ...
      • KL Antara 10 Bandar Raya Paling Bahaya di Dunia, A...
      • Sami Arah Budak Buat Seks dengan Penyelia Kuil Dit...
      • Wanita Rela Ditiduri Penjenayah Demi Keselamatan B...
      • Pasangan Suami Isteri Restu Anak Bikin Maksiat di ...
      • Pelatih PLKN Lahir Bayi di dalam Tandas
      • Suami Gila Talak BELASAH & GIGIT Bekas Isteri
      • [Video] Bagaimana MELIPAT Baju dalam 2 SAAT?
      • [Gambar] Perogol & Pembunuh Dihukum Gantung di Kuwait
      • [PANAS] Respons Anwar Ibrahim Selepas Dikaitkan de...
      • [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Permintaan...
      • Ahmad Izham NAFI Media Prima Gam Faizal Tahir Kera...
      • Pengendali Laman Jiwang.Org Ditahan Pihak Berkuasa
      • [Video] Wanita Kantoi Khalwat dengan PELAKON POPUL...
      • [Gambar] Shabery Cheek Kena "Belasah" Lagi dengan ...
      • [Gambar] Murid Semakin CERDIK, Guru Semakin...
      • Baca Pendedahan Warga Asing Begitu Mudah Dapat Ker...
      • [PANAS] Blogger TULANG BESI Isytihar Tutup BLOG
      • [PANAS] Black505 22 Jun: Ahli PAS Hendak Dengar Se...
      • Janda, Duda, Anak Kantoi KHALWAT di dalam Sebuah R...
      • [Gambar PANAS] Pengguna FB "Belasah" Shabery Cheek...
      • Remaja Tetak Leher Ayah Hingga Putus
      • Janda Tinggalkan Anak Dirumah untuk Bersama Lelaki...
      • [Gambar] Bukti Erdogan Mendapat Sokongan Rakyat Turki
      • Fakta Kecurangan PRU13 Dijelaskan kepada Susilo Ba...
      • [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Patutkah A...
      • [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] 1Malaysia ...
      • Sarjan Tentera Kantoi Khalwat dengan Gadis 19 Tahun
      • Dua Jam Tewaskan Tapah GERGASI
      • Berahi Isteri Orang: Malu Dapat, Sakit Pun Dapat, ...
      • Cikgu BERAHI Ratah Pelajar 16 Tahun
      • [Gambar] Tweet PANAS Dr Asri. Apa Komen UMNO, Apa ...
      • [Wajib Baca] Satu daripada Punca Banyak Pelajar Is...
      • [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Harga Tike...
      • Video Seks Didakwa ADUN DAP Pula Tersebar
      • Pesta Sambut Perkahwinan GAY Diserbu di Makkah
      • Ku Li Mahu Jadi PM?
      • [Gambar] Antena Bangunan UMNO Pulau Pinang TUMBANG!
      • Cerita Penemuan Makhluk Asing yang KANTOI
      • [PANAS] A Kadir Jasin Dedah Cerita Agenda KERAJAAN...
      • Derita Zakar Tegang Tanpa Henti Selama 8 Bulan
      • Puteri Kuwait TINGGALKAN Kemewahan Demi Nabi dan A...
      • Harga Kereta: UTUSAN MALAYSIA Kantoi BESAR!
      • [PANAS] Pemilik Blog, Tangkap Gambar Cantik-cantik...
      • Gadis 15 Tahun Dagang Tubuh Kakak Sendiri
      • Bunuh Kekasih dengan Kasut Tumit Tinggi
      • [Gambar] Monyet AJAR Manusia Erti...
      • Azab TELUR GERGASI Berakhir
      • Gadis Dilarikan Lelaki Dayak Dirayu Pulang
      • Harga Kereta TURUN: Rakyat Untung atau Ditipu?
      • [PANAS] Black505 Padang Merbok: DBKL KANTOI...
      • Ahli Parlimen BN Sabah, Sarawak Jumpa Ku Li...Sasp...
    • ►  Mei (33)
Tema Perjalanan. Diberdayakan oleh Blogger.